1-1 = 10 ?
1-1 = 10 betul ker!!!
SALAM Jumaat & sejahtera semua...
Pasti ramai yang dah baca buku nie..mmg BEST..Terima kasih pada rakan yang telah menghadiah buku mini MMR ini pada saya..selepas itu tergerak hati nak beli yg besar sbb tak puas nak tahu dengan lebih mendalam isi kandungan buku nie. Tahniah pada penulisnya berjaya menghasilkan karya dalam bentuk yang santai tapi amat mendalam kesannya...hari ini nak sentuh satu jer iaitu...
FORMULA 1-1 = 10 inilah formula yang paling menusuk kalbuku..hihi..mula-mula pelik jugak nombor kecil ditolak jadi besar....ishh dahsyatnya..rupanya inilah formula paling berkesan nak tambah rezki..simbol tolak tu adalah SEDEKAH...senang cerita sedekah RM1 kita akan dapat balik RM10. kata penulis ' tak perlu lg kata insyaAllah' ianya adalah pasti..
TQ Prof... |
Ada lagi... yang kita nampak itu nilai duit tapi rupanya bukan itu shj..kita akan terhindar daripada bala, dikurniakan kesihatan yang baik, dimudahkan jodoh...semua lah yang baik-baik... SubhanaAllah..sayangnya Allah pada kita. dengan sedikit pengorbanan begitu BESAR balasan yang kita dapat..
BANYAK lagi tip dalam buku nie tapi saya nak sentuh sedekah nie jer sempena hari Jumaat yang mulia. kalau tak mula hari ini bila lagi...kita cuma ada 7 nama HARI. pilih lah hari ape? Nasihat ini juga ditujukan khas untuk DIRI SENDIRI..
antara topik2 menarik ialah
Cara jemput rezeki...cara lunaskan HUTANG..dan kisah-kisah benar yang berlaku terhadap mereka yg berusaha menjemput rezki..juga merupakan bukti kekuasaan Allah.
Maaf dan izinkan saya untuk menyelit statement ini ' tujuan kita sedekah adalah untuk membantu orang yang memerlukan'
' konsep takaful pula ialah berkerjasama membuat caruman (tabarru') ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan. SAMA TAK? saya tidak mengharapkan semua setuju dgn saya tapi sebagai perunding takaful konsep ini sudah terang lagi bersuluh...
Nak sedekah nie senang tapi nak istiqomah tu yang berat sikit...JOM PAKSA agar lama-lama jadi TABIAT...doakan orang lain moga Malaikat akan aminkan doa untuk diri kita pula...
sekian moga bermanfaat.
Comments
Post a Comment