IDEA BISNES TAPAI MANIS KOME Oiii..

IDEA BISNES TAPAI MANIS KOME Oiii....



SALAM MERDEKA KOME !!!! bulan Ogos ni mood nak sambut merdeka...hari nie  keme nak share 1 menu yang baru jadi favourite keme iaitu TAPAI Pulut... menu ini juga boleh dijadikan idea bisnes yg murah dan boleh terus mulakan lepas baca nie..bahan2 sikit dan murah..yang mahalnya ialah  kesabaran dan keikhlasan untuk menghasilkan tapai yang manis ... Jom start..

BAHAN-BAHAN& PERALATAN

1. 1 KG BERAS PULUT ( RM4.50 - RM5.00)
2. 1 KETUL RAGI (RM 1)
3. BEKAS DADIH KECIK 4 oz ( 25 BEKAS RM2.50 ) - guna daun lagi murah..

CARA-CARA - baca Bimillah dulu..

1. Basuh dan Rendam pulut semalaman atau 5 jam pun dah 
    ok.
2. Kukus pulut (lebih elok) / tanak macam nasi 
    Teknik kukus pulut:
    Petua letak sudu dan garfu dan beberapa helai daun 
    pandan dalam pengukus.
    letak pulut dan kukus. setelah 5 minit renjiskan sedikit air 
    pada pulut. teruskan 
    mengukus hingga keluar wap. Angkat pulut dan gaul 
    dengan 2 cawan air sejuk hingga 
    semua air diserap oleh pulut dan kukus semula hingga 
    keluar wap..siap..jadilah pulut yang lembut dan wangi..
3. Angkat pulut yang telah siap dan sejukan dalam 
     talam/dulang seperti gambar  di bawah.
4. Apabila telah sejuk boleh lah ditabur dengan ragi dengan 
     menggunakan penapis agar sekata.
5. Simpan dalam bekas dan biarkan ditempat yang gelap dan 
    suhu bilik selama 2-3 hari..

PULUT DISEJUKKAN DALAM TALAM..Opp gambar ni pulut hijau sebab letak air pandan masa kukus tadi
PULUT SEDANG DISEJUKKAN..
RAGI YANG TELAH DIHANCURKAN..


TABUR RAGI PADA PERMUKAAN ATAS


TERBALIKAN PULUT DAN TABUR LAGI..

TABUR HINGGA SEMUA TERKENA RAGI..


PULUT YANG TELAH DIGAUL SEKATA DENGAN RAGI
MASUKKAN DALAM BEKAS / BUNGKUS DENGAN DAUN PISANG ATAU GETAH
SELEPAS 2 MALAM TAPAI PUN MASAK DAN BOLEH DIMAKAN..
MANISNYE KOME Oiii...SEJUKKAN DULU LAGI BEST...
BAGI KAWAN2 TEST DULU ..
TEKNIK MAKAN TAPAI TANPA SUDU...INOVASI OPISMATE
 Ramei takut nak cuba buat tapai nie sebab banyak pantang larang..kita raikan pantang larang nie InshaAllah jadi..antaranya jangan bising2..waktu period tak boleh buat..x boleh kena air..mcm lagi lah..

Sebenarnya ini semua untuk memastikan keadaan pesekitaran dan peralatan bersih barulah tidak berlaku kontaminasi...ragi adalah sejenis kulat iaitu yis..untuk pastikan penapaian nie berjaya memang kene follow betul2. 

SEMOGA BERMANFAAT DAN MENAMBAH NILAI..SELAMAT MENCUBA..

Comments

Popular posts from this blog

PERSEPSI TERHADAP TAKAFUL.

PUAN MARINA PENCEN